Monday, 23 April 2018

"Kbye semua. Balik dulu" Jam di monitor PC menunjukkan pukul 5.32pm. Terus tangan menekan butang off, mematikan monitor.
Kad akses diatas meja dicapai. Elok  sahaja kaki menapak beberapa anak tangga turun, terdengar sayup seperti bunyi hujan. 
Huish macam lebat ni.
Terus kakinya menaiki anak tangga semula.
"Haa dah kenapa naik balik ni?", tegur Kak May.
"Hujan" Jawabnya sepatah terus menuju ke arah tingkap yang tidak boleh dibuka.
Tak nampak jelas titisan hujan samada lebat atau tidak.
"Dengar macam lebat tapi tengok ke luar macam tak pulak"
Setelah menimbang tara selama 2saat, terus dicapainya sweater yang tersidai di kerusi. Terus keluar kembali.
Alhamdulillah, keluar je dari bangunan, hujan tak selebat yang disangka. Lalu melangkah dia bersama sweater yang diambil tadi, menyarungkan hood di kepala.
Terserempak pulak dengan Kak Timah yang sedang menyarungkan baju hujannya.
"Tak dengar bunyi hujan kan? Dah turun baru tahu hujan" Kak Timah menegur.
Dia tersenyum dan mengangguk. "Hati-hati kak" 
"Okay. Awak pun."

Kakinya dipanjangkan terus menuju ke kereta yang diparking di belakang hotel.

#ep1

Regards,
afyqahdalilah



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 FOREVER YOUNG
| Distributed By Gooyaabi Templates